Perintah reman dikeluarkan Majistret Noraisyah Mohd. Yusof bermula hari ini hingga sehingga Ahad ini.

Sumber berkata, kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 25 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 4.40 petang di kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar semalam.

Tambah sumber lagi, kedua-dua individu tersebut dipercayai telah bersubahat meminta suapan sebanyak RM75,000 sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kelulusan kuota pekerja asing oleh kementerian tersebut.

Susulan penahanan itu, SPRM juga telah menyita wang tunai berjumlah RM25,000, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen berkaitan daripada kedua-dua individu tersebut.

“Kita sedang menjejaki seorang lagi suspek yang turut sama terlibat dalam kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE