Hasil penahanan itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM13,000 turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, selain terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah, kedua-dua suspek turut dipercayai menyamar sebagai anggota polis bagi melakukan pemerasan.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE