Tertuduh, Chong Ah Keong, 24, yang merupakan adik ipar kepada mangsa dan rakannya berusia 17 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka berdua didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh terhadap T. Iswari, 34, antara 1.55 tengah hari hingga 1.05 petang 16 April lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, K. Nahtan.

Mahkamah menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada 16 April lalu, aeorang suri rumah ditemui dibunuh dengan leher dijerut tali nilon dalam kejadian samun di Taman Permai di sini. - UTUSAN ONLINE