Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua lagi aset FIC disiasat

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Selain pembelian dua hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Keningston, London dan Kuchi­ng, Sarawak yang didakwa wujud penyelewengan jutaan ringgit, dua­ lagi aset milik FIC dipercayai berada dalam radar siasatan Suru­­han­jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, antaranya ialah sebuah hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan yang diambil alih FIC dengan nilai RM40 juta pada tahun 2014.

Jelas sumber, hotel bertaraf tiga bintang itu turut dipercayai dibeli dengan harga yang jauh lebih tinggi berbanding harga asal bagi mengaut keuntungan.

“SPRM juga sedang menyiasat mengenai pembelian sebuah apartmen mewah di London yang didakwa kononnya untuk di­sewakan kepada ekspatriat bagi menjana pendapatan.

“Bagaimanapun, rekod mendapati apartmen tersebut tidak pernah disewakan, sebaliknya di­percayai digunakan untuk ke­gu­naan peribadi,” katanya kepa­da Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, SPRM me­ram­pas beberapa dokumen dalam serbuan di pejabat Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di KL Sentral di sini.

Di samping itu, tiga kediaman bekas Pengerusi Felda itu dan anaknya turut digeledah kelmarin, selain merampas wang sebanyak RM100,000 di salah sebuah rumah berkenaan di Senawang, Negeri Sembilan.

Mohd. Isa direman selama lima hari bermula kelmarin sehingga Ahad ini selepas ditahan di Ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada 15 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel di London dan Sarawak oleh FIC pada 2014 dan 2015.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain