Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid membenar kedua-dua lelaki yang berusia 35 dan 32 tahun ditahan reman selama empat hari sehingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan kes tersebut.


Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Kedua-dua mereka yang memakai baju lokap warna jingga tiba di Mahkamah Majistret Seri Manjung pada kira-kira pukul 8.30 pagi dengan menaiki trak polis sebelum keluar semula menaiki kenderaan sama 30 minit kemudian.


Dua anggota TLDM yang cedera ketika di dalam bilik tahanan di Sungai Wangi, Sitiawan baru-baru ini kini ditempatkan di bilik khas di Wad pembedahan Lelaki, 96 Hospital Angkatan Tentera Lumut di sini.


Jumaat lalu, dua anggota TLDM yang sedang ditahan di bilik tahanan yang sama maut akibat kecederaan parah. - UTUSAN ONLINE