Perintah pembebasan itu dikeluarkan oleh Majistret Aida Kharuleen Azli kira-kira pukul 10.30 pagi.

Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan RM200,000 setiap seorang.

Mereka ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 10 Januari lalu selama enam hari dan disambung selama lima hari lagi sehingga hari ini.

Minggu lalu, seorang individu yang menjawat jawatan sebagai timbalan pengerusi sebuah syarikat hartanah dikenakan perintah reman oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang, manakala seorang lagi individu pula yang merupakan pengarah eksekutif kanan di sebuah syarikat hartanah direman di Mahkamah Majistret di sini.

Penahanan mereka dibuat susulan daripada serbuan SPRM ke beberapa pejabat agensi kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), 9 Januari lalu, berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut.

Turut diserbu dalam operasi itu adalah beberapa syarikat berkaitan yang beroperasi di sekitar Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE.