Yusof Misoun

Hakim Kamarudin Kamsun menjatuhkan hukuman itu terhadap Aat Yudianto, 49, dan Ernawan Hadianto, 25, yang me­lakukan ketiga-tiga pertuduhan tersebut di bahagian bawah tempat letak barang bas di Kilometer 32.8 arah selatan, Lebuh Raya Uta­ra Selatan berhampiran Hentian Kulai, kira-kira pukul 6.10 pagi, 14 Mac lalu.

Sementara itu, seorang pemandu bas ekspres, Yusof Mi­soun, 61, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan sama.

Bagi pertuduhan pertama, mereka bersama didakwa menyimpan 214 ekor burung murai batu (Copsychus Malabaricus) iaitu spesies hidupan liar dilindungi yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 60(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketiga-tiganya turut menghadapi pertuduhan kedua dan ketiga iaitu didakwa menyimpan tiga burung murai batu yang tidak matang dan 30 ekor burung murai batu betina.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 61 dan 62 akta sama yang masing-masing membawa hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Aat Yudianto
Aat Yudianto

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 bagi pertuduhan pertama serta RM5,000 masing-masing bagi pertuduhan kedua dan ketiga terhadap warga asing terbabit.

Kamarudin turut membenarkan Yusof yang berasal dari Air Hitam, Muar dikenakan jaminan tanpa cagaran (jaminan mulut) RM5,000 dan menetapkan 6 April ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) negeri, Shamsul Hakim Ahmad manakala kedua-dua warga asing itu diwakili peguam Muhammad Ashraf Mohd. Diah manakala Yusof diwakili peguam Mohd. Tarmeze Mohd. Taib.