Komunikasi palsu berkenaan adalah berhubung laporan rampasan kontena berisi daging kambing yang didakwa bercampur dengan daging babi.

Roslan Ahmad dan Maizura Abu Bakar yang masing-masing berusia 54 tahun didenda RM2,000 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua orang kena saman (OKS) masing-masing didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook milik mereka telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada pukul 11.58 malam dan 3.18 petang, 19 Julai 2017.

Kedua-dua pautan itu kemudian telah dibaca di alamat restoran Starbucks AEON Alpha Angle, Bandar Baru Wangsa Maju di sini pada pukuk 10 pagi, 1 Ogos tahun sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. - UTUSAN ONLINE