T.R. Thurkai Devi, 32, dan Sharil Mohd. Sarif, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka selesai dibacakan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Thurkai Devi didakwa menggunakan aplikasi Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan telah dibacakan di laman Facebook Belenggu Fatamorgana di Pejabat Bahagian Perundangan (D5), Jabatan Siasatan, tingkat 14, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Bukit Aman pada pukul 11.47 pagi, 4 Jun 2018.

Sementara itu, Sharil pula didakwa melakukan perbuatan sama berserta sekeping gambar senarai Yang di-Pertuan Agong kemudian telah dibacakan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 11.30 pagi pagi, 13 Mac lalu.

Semua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. - UTUSAN ONLINE