Norasmahwati Tar Mohmad, 34, dan ibunya, Norhayati Bidin, 61,  mengaku bersalah atas tuduhan secara bersama-sama melakukan penderaan fizikal dan bertindak secara cuai ke atas  mangsa yang merupakan anak sepasang suami isteri warga Indonesia di sebuah rumah di Bandar Sunway di sini antara Disember 2015 dan 2 Disember 2017.

Kedua-dua tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazlina Razali yang mengendalikan pendakwaan sebelum itu memberitahu  terdapat  kesan lebam di seluruh badan mangsa yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung sehingga meninggal dunia.

Hakim Azwarnida  Affandi bagaimanapun menetapkan 26 Januari depan untuk sebutan semula laporan perubatan dan bedah siasat sebelum menjatuhkan hukuman. - UTUSAN ONLINE