Kedua-dua individu tersebut, Izhar Idrus dan Zamri Maulan, ma­sing-masing merupakan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Akhbar sewaktu Mohd. Shafie menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membenarkan setiap lelaki tersebut dibebaskan dengan jaminan tunai RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mereka sebelum ini direman selama lima hari bermula 20 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam bagi projek pembangunan luar bandar bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Sabah antara 2009 hingga 2015.

Sehingga kini, SPRM menahan reman 13 individu berkaitan kes berkenaan termasuk Mohd. Shafie dengan masing-masing 10 orang di Sabah dan tiga lagi di Putrajaya.

Selain Mohd. Shafie, individu lain yang direman ialah dua adiknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal dan Hamid Apdal.