Mereka terdiri daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Ketua Pegawai Operasinya, Rohani Talib.

Wang berjumlah RM2.7 juta itu merupakan pembayaran pampasan kepada kedua-duanya dan enam yang lain apabila kontrak mereka ditamatkan selepas Abdul Khalid meletak jawatan sebagai Menteri Besar pada September 2014.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Kuorum berkenaan turut mengetepikan kos RM100,000 yang perlu dibayar oleh MBI seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor itu turut merayu terhadap enam lagi bekas pegawai MBI yang turut menerima pampasan daripada jumlah RM2.7 juta itu. Bagaimanapun mahkamah tidak membuat keputusan terhadap mereka.

Enam yang lain terdiri daripada Arfa’eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd. Talib, Rahimah Kamarudin, Dr. Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof serta Tuan Nazuri Tuan Ismail. - UTUSAN ONLINE