Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melangkaui keraguan munasabah.

Bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub dihukum penjara lima tahun atas dua pertuduhan membabitkan pecah amanah dengan melupus dan meluluskan pembayaran RM25,999,000 dan RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Tender Felda.

Sementara itu, bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad yang didakwa bersubahat dengan Muhammad Sufi melakukan kesalahan itu dihukum penjara dua tahun.

Kesemua pertuduhan tersebut didakwa dilakukan di Bangunan Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, di sini antara 13 Januari dan 23 Julai 2014. - UTUSAN ONLINE