Menurut sumber, kedua-dua anggota polis berpangkat Sarjan dan Lans Koperal yang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan 6.20 petang manakala lelaki yang berusia 45 tahun tersebut pula ditahan pada pukul 10.45 malam.

Katanya, Ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan di Pejabat SPRM negeri selepas hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua anggota polis tersebut telah menerima wang suapan sebanyak RM9,700 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki air ketum.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.

Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkhamah Majistret di sini pagi ini dan dikena tahanan reman selama tujuh hari.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri, Ramli Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE