Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dr. M gagal tangguh prosiding

Saw Choo Boon 4
Saw Choo Boon

PUTRAJAYA 18 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal menangguhkan pro­siding Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang ­Asing Oleh Bank Negara Malaysia Sekitar Tahun 1990-an, selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Sehubungan itu, prosiding yang dijadualkan berlangsung selama 10 hari bermula Isnin ini akan didengar oleh panel serupa yang dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Ketetapan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim dike­tuai oleh Datuk Mohd. Zawawi Salleh yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim selepas mendengar penghujahan pihak-pihak yang mewakili pemohon dan Kerajaan Malaysia selaku res­ponden.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mengetuai pasukan peguam bela mewakili Dr. Mahathir memberitahu pemberita, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hari ini.

Dr. Mahathir mengemukakan permohonan menangguhkan suruhanjaya siasatan daripada bersidang sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman, didengar dan diputuskan oleh panel lain Mahkamah Rayuan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pemimpin pembangkang itu bagi mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk menggugurkan pelantikan Mohd. Sidek dan Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Bagi Memudahkan Perniagaan (Pemudah), Tan Sri Saw Choo Boon selepas membenarkan bantahan awal Kerajaan Malaysia.

Sebelum itu, Mohamed Haniff Khatri berhujah agar pihaknya diberi penangguhan singkat bagi membolehkan mereka merayu keputusan Mahkamah Tinggi dan seterusnya dibenarkan memulakan semakan kehakiman.

Hujah beliau, pihaknya bukan mempertikai perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung penubuhan suruhanjaya itu, sebaliknya mencabar komposisi ahli panel yang dilantik memandangkan Mohd. Sidek dan Choo Boon merupakan anggota pasukan petugas khas yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengemukakan syor supaya suruhanjaya ditubuhkan.

“Kedua-duanya tidak seha­rusnya berada dalam panel suruhanjaya kerana mereka akan menyoal saksi-saksi yang memberi keterangan,’’ hujahnya.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh berhujah agar permohonan itu ditolak kerana tiada keadaan istimewa yang membolehkan panel itu menangguhkan prosi­ding siasatan.

Menurut beliau, pemohon ti­dak mempunyai remedi kerana segala dapatan suruhanjaya itu kelak bukan suatu keputusan, tidak mempunyai kesan di sisi undang-undang serta tidak boleh dicabar atau disemak. Dalam permohonan yang difailkan pada 9 Ogos lalu, Dr. Mahathir menamakan Mohd. Sidek, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Choo Boon, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Puspanathan; Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewa­ngan, Datuk Dr. Yusof Ismail dan Kerajaan Malaysia sebagai res­ponden pertama hingga ke­tujuh.

Dr. Mahathir memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mengetepikan keputusan suruhanjaya pada 8 Ogos lalu yang menolak permohonannya agar dua daripada lima anggota suruhanjaya itu, disingkirkan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain