Hukuman terhadap Wan Ahmed Qayyum Abdul Aziz diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan ketika membenarkan rayuan akhir pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengan perintah pembebasan terhadapnya.

Datuk Seri Zakaria Sam yang bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim berpuas hati bahawa rayuan pendakwa raya mempunyai merit dan memerintahkan hukuman itu berkuat kuasa hari ini.

Wan Ahmed Qayyum yang ketika kejadian berusia 19 tahun disabitkan merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun di tepi longkang, lorong belakang rumah gadis tersebut di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira pukul 1.20 pagi, 26 Ogos 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh merayu kerana tidak berpuas hati dengan perintah Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan lelaki itu daripada tuduhan merogol mangsa. - UTUSAN ONLINE