Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib, menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Danial Mat Khazan, 21, selepas pertuduhannya dibacakan. 


Tertuduh didakwa memiliki pedang tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa atau tujuan yang sah di hadapan restoran Maluri D’Maju, Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 14 April lalu. 


Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE