Mahani Mohamed, 44, yang juga peniaga cendol dari Sungai Ular di sini dihadapkan di mahkamah berasingan di depan Majistret Noordiana Abd. Aziz dan Nurul Naim Abdullah.

Suami tertuduh, R. Shukri Raja Amat, 37, dan rakan mereka Hasnah Ngah, 49, pula mengaku tidak bersalah dengan masing-masing didakwa atas tiga serta sembilan pertuduhan.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan serta denda.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 untuk suami tertuduh manakala Hasnah sebanyak RM39,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Januari ini untuk sebutan semula kes untuk suami tertuduh dan Hasnah yang merupakan ibu tunggal. - UTUSAN ONLINE