Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Shinohara Koji, 39, selepas lelaki itu menukar pengakuannya kepada bersalah pada sebutan semula kes itu semalam.


Hari ini ditetapkan untuk pendengaran fakta kes dan jatuh hukum.


Mahkamah turut memerintahkan Shinohara yang bekerja sebagai pengurus syarikat itu didenda RM10,000 atau dipenjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut.


Mengikut pertuduhan, Shinoharadidakwa sebagai seorang pengurus syarikat yang telah digajikan dan diamanahkan dengan penguasaan lima set peralatan golf berjumlah RM103,562, telah melakukan pecah amanah dengan menjualkan kesemua peralatan tersebut tanpa pengetahuan syarikat.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, di sini antara pukul 1 pagi dan 11.59 malam, 4 Disember 2017.


Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda. - UTUSAN ONLINE.