Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dihukum gantung sampai mati

2 pegawai imigresen didapati bersalah bunuh warga Bangladesh

MOHD. AMINUDDIN MOHD. YASIN (kiri) dan Zuhairul Effendy Zulkafli dijatuhi hukuman gantung oleh Mahka 2
MOHD. AMINUDDIN MOHD. YASIN (kiri) dan Zuhairul Effendy Zulkafli dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kangar, semalam. – BERNAMA

KANGAR 3 Mac - Dua pegawai Jabatan Imigre­sen dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh semasa dalam tahanan, tiga tahun lalu.

Mohd. Aminuddin Mohd. Yasin dan Zuhairul Effendy Zulkafli masing-masing berusia 35 tahun dilihat tenang di kandang tertuduh sebaik sahaja Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pem­belaan kedua-dua tertuduh gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa membunuh Abu Bakar Siddique (nombor pasport AF 1049638) antara pukul 10 dan 11 malam pada 29 Oktober 2014 di bilik pantri Jabatan Imigresen Kangar, aras dua Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kangar.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Berdasarkan keterangan kes, mangsa telah ditahan di lokap Jabatan Imigresen pada 23 September 2014 bersama sembilan rakannya yang berasal dari Bangladesh atas kesalahan imigresen sehingga 31 Oktober tahun sama.

Pada hari kejadian, mangsa dikatakan mengadu sakit gastrik dan meminta ubat daripada pihak imigresen sebelum dipapah oleh dua rakannya keluar dari lokap untuk dibawa ke pantri.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tertuduh kedua ketika itu sedang meme­gang senjata yang dipercayai ka­yu panjang.

Tidak lama selepas itu, mangsa dilihat kembali semula ke dalam lokap dengan berjalan sendiri tanpa dipapah oleh sesiapa dan CCTV menunjukkan tertuduh kedua memegang senjata berupa kayu cota.

Ketika di dalam lokap, mangsa menceritakan telah dipukul oleh anggota imigresen kepada rakan­nya dan mereka melihat dia cedera walhal mangsa sebelum itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keesokan harinya, mangsa mengadu sakit dan pada sebelah petang dia dibawa berjumpa doktor yang datang membuat rawatan setiap Khamis dan ketika itu terdapat anggota imigresen yang mengawalnya.

Keadaan mangsa semakin pa­­rah dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut pada 3 November 2014 sebelum meninggal dunia pada keesokan harinya dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat pelbagai kesan kecederaan tisu lembut.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain