Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Muhammad Bukhori Mohd. Zawawi, 21, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di hadapan orang lain di Bukit Peraksi Semerak, Pasir Puteh, pada pukul 11 malam, 15 Oktober 2015.


Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd Arsyad manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed.


Mahkamah kemudian menetapkan esok sebagai pendengaran untuk permohonan menangguhkan hukuman bagi rayuan di Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE