KHIRUDIN DRAHMAN

Penga­rah JBPM Kua­la Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pi­haknya memberi notis dalam tempoh sebulan sehingga enam bulan jika rayuan dibuat.

“Namun, jika peme­riksaan dibuat dalam tempoh itu tetapi masih gagal meme­nuhi syarat memiliki sijil FC maka perkara ini akan dirujuk ke bahagian pendakwaan.

“Saya nasihatkan syarikat ter­babit memastikan bangunan mereka berada dalam keadaan baik. FC penting kerana jika ber­laku kebakaran tindakan dapat dikawal dengan lebih cepat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia pada Ahad lalu mendedahkan pejabat syarikat konglomerat dengan ketinggian lebih 250 meter merupakan antara 415 premis tinggi di ibu negara yang didakwa tidak mempunyai FC walaupun te­lah berope­rasi lebih dua tahun.

Semalam, Khirudin membe­ritahu, terdapat beberapa syarikat kong­lomerat ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan walaupun beroperasi dalam bangunan tinggi di sekitar ibu negara tanpa memiliki sijil FC.

Selain itu, Khi­rud­in berkata, se­hingga kini, belum ada lagi syarikat yang gagal memiliki sijil FC dirujuk ke bahagian pendakwaan.

Menurutnya, pihak bomba perlu menyediakan laporan terperinci sebelum proses pendakwaan dibuat.

“Tidak dina­fi­kan kami memang mempunyai kekangan pegawai daripada segi pemantauan tapi tidak menjadikan itu sebagai alasan kerana perkara sebegini tidak boleh bertolak ansur dalam aspek keselamatan,” ujarnya.