Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menetapkan demikian ke atas tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Irshaduddin Khalis didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Nursyafikah Ahmad Ismail di kawasan letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing di Kluang antara pukul 5.40 petang hingga 5.45 petang, 10 April 2015.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali.

Seramai 24 saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan, manakala tiga saksi pembelaan dipanggil termasuk tertuduh sepanjang prosiding perbicaraan. - UTUSAN ONLINE