Hakim Noralashiken Abd. Razak menjatuhkan hukuman tersebut terhadap pemilik kilang Siong Pyik Sdn. Bhd., Tan Siong Pyik, 52, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah  pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh tersebut didakwa melakukan penyambungan bekalan air yang menyalahi undang-undang di Bagan Panchor, Pantai Remis dekat sini pada 24 Disember 2014.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 123(3) akta sama yang boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara
sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Mohd. Helmy Razelan dan Shariful Azman Mustapa Yahya manakala tertuduh diwakili Peguam Bela, K. Nathan.

Tertuduh membayar denda yang dikenakan terhadapnya. - UTUSAN ONLINE