M. Siva Kumar, 43, mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 54 jenis mercun dan bunga api kesemuanya disimpan di dalam kotak dan peket kecil di depan sebuah rumah di Lot 373, Jalan Besar, Tasik Permai dekat sini kira-kira pukul 9 malam, Jumaat lalu.

Siva Kumar didakwa mengikut Peraturan 74 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1974 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300.

Terdahulu, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak yang mengendalikan pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam.

Majistret Haslinda A. Raof membebaskan Siva Kumar selepas dia membayar denda berkenaan. - UTUSAN ONLINE