Majistret Rahni Kartini Abd. Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Derrick Johnson, 28, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Sarjan Mejar Norhaizin Udin dengan niat mengaibkan dan menghina pegawai serta anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, di sini kira-kira pukul 9.50 malam, 16 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda RM100. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun peguam, Stanley Gabriel yang mewakili Derrick memohon denda ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya selain insaf dan menyesal akan perbuatannya.- UTUSAN ONLINE