Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Didakwa upah 19 warga asing

HAMDAM ISMAIL  (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, semalam  atas tuduhan mengambi
HAMDAM ISMAIL (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor, semalam atas tuduhan mengambil 19 pekerja asing yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja. UTUSAN/ RASHID MAHFOF

SEPANG 6 Julai – Seorang pengusaha kedai kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengambil 19 pekerja warga asing yang tidak memiliki pas sah untuk bekerja di sebuah kedai kek di Subang Jaya, dekat sini, Mei lalu.

Hamdam Ismail, 45, didakwa melakukan kesalahan itu di alamat Kedai Kek Harissa yang dimiliki oleh Nur Cake House Sdn. Bhd., No. 5 dan 11, Taman Pinggiran USJ 1/11, Subang Jaya pada pukul 4.40 petang, 23 Mei lalu. 

Tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai kemeja warna hitam didakwa mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 55B(3) akta sama yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun serta sebatan sehingga enam kali.

Pegawai Pendakwa dari Ja­ba­tan Imigresen, Norzam Suhada Abdull Wahab mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM95,000 dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Zaflee Pakwanteh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hilang punca pendapatan sejak kedainya ditutup selepas operasi Jabatan Imigresen pada 23 Mei lalu.

Beliau turut memaklumkan, tertuduh menanggung lima anak dengan dua daripadanya belajar di sekolah menengah manakala tiga lagi di sekolah rendah selain isteri tertuduh sarat mengandung serta menunggu waktu untuk bersalin pada bila-bila masa.

Hakim Saiful Akmal Mohd. Said kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM43,000 dengan dua penjamin serta perlu melapor diri pada setiap bulan di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Shah Alam sementara menunggu sebutan kes pada 8 Ogos ini.

Hamdam dibebaskan setelah membayar wang jaminan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain