Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Didakwa terima wang haram RM1.7 juta

BUTTERWORTH 5 Mei – Seorang pemandu van mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lapan pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1.7 juta, dua tahun lalu.

LALIT KUMAR
LALIT KUMAR

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, N. Lalit Kumar, 39, didakwa menerima wang haram berjumlah RM1,691,697.24 daripada akaun Abu Dhabi Islamic Bank milik Indumed Trading L.L.C. dengan menggunakan akaun milik syarikat LKN Global Resources di United Overseas Bank Malaysia Berhad, Jalan Bagan Luar dekat sini, 12 Jun 2015.

Lelaki itu juga didakwa atas dua pertuduhan melupuskan wang berjumlah RM350,000 daripada akaun milik LKN Global Resources menerusi cek tunai pada 15 dan 16 Jun 2015.

Lalit Kumar turut menghadapi empat pertuduhan memindahkan wang berjumlah RM1.35 juta ke dalam akaun United Overseas Bank Malaysia Berhad milik syarikat PSB Trading pada 15 Jun 2015 dan Public Islamic Bank Berhad milik syarikat Lucky Glass Merchant keesokannya serta dua transaksi ke akaun RHB Bank Berhad milik syarikat Best PC Venture dan syarikat BWS Mart pada 17 Jun tahun sama.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi.

Hakim Noor Aini Yusof kemudian membenarkan Lalit Kumar dibebaskan dengan jaminan RM30,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 5 Jun ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain