Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Didakwa perdaya ahli perniagaan RM150,000

SABRI AHMAD TAH
SABRI AHMAD TAH

IPOH 12 Julai - Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak, Sabri Ahmad Tah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdaya seorang ahli perniagaan melibatkan kerugian RM150,000 berhubung projek pembangunan tanah dan pasir di Kampar, tiga tahun lalu.

Sabri, 47, didakwa memperdaya Datuk Allan Chuah Chin Lai untuk mempercayai bahawa kononnya Chin Lai akan mendapat projek tanah seluas 108 hektar di Kampar dan projek kawasan pasir untuk dibekalkan kepada pembangunan bangunan kerajaan di bawah NAZA TTDI kepada DPMM Perak dan Semarak Sinergi Sdn. Bhd.

Tertuduh dengan itu didakwa dengan curangnya mendorong individu ber­kenaan menyerahkan tiga cek berjumlah RM150,000 yang ditunaikan Baharuddin Ahmad bagi pihaknya sedangkan wang tersebut tidak akan di­serahkan sekiranya individu berkenaan tidak diperdayakan.

Sabri didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Maybank Cawangan Teluk Intan, di Medan Mahkota Jalan Ah Cheong, Teluk Intan antara pukul 10 pagi dan 2 petang, 25 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain