Hazmi Majid, 36, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hazmi Majid
HAZMI Majid yang melakukan penderaan fizikal dan seksual terhadap bayi berusia 11 bulan sehingga maut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian terhadap mangsa. - UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu didakwa membunuh bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini antara pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang, 7 November lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Mahkamah menetapkan 17 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan, laporan perubatan mangsa.

HAZMI Majid
HAZMI Majid yang melakukan penderaan fizikal dan seksual terhadap bayi berusia 11 bulan sehingga maut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian terhadap mangsa. - UTUSAN ONLINE/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Dalam pada itu, Hazmi dijangka didakwa dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 377CA kerana memasukkan objek ke dalam kemaluan dan dubur mangsa sama di Mahkamah Sesyen Kajang, Selasa minggu depan.

Media sebelum ini melaporkan, pasangan suami isteri tersebut ditahan selepas Zara meninggal dunia pada 9 November lalu kira-kira pukul 10.30 pagi selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala yang mana tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan.

Selain itu, terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara selain dubur mangsa dipercayai akibat penderaan seksual. - UTUSAN ONLINE