Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdi memerintahkan demikian selepas Asmayuzi Ismail @ Abdul Wahab, 33, mengekalkan pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Wan Syifa Amani Wan Mohd yang berusia tujuh bulan antara pukul 7.30 pagi hingga 10.20 pagi 27 April 2016 di rumahnya di Nombor 38, Taman Wan Adnan, Kerteh, di sini.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.-UTUSAN ONLINE