Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassan Fazle Mabul, 26, yang didakwa atas tuduhan melanggar syarat pas dengan menjalankan perniagaan di Kedai Runcit Aziz Enterprise Fasa 1, Blok B, Tingkat 1 Telipok Ria di Tuaran dekat sini pada pukul 2 petang, pada 28 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh datang ke Malaysia pada 26 April lalu dan kemudian menetap di Sabah bersama saudaranya.

Terdahulu peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan denda sahaja atas faktor kesalahan pertama selain tertuduh mempunyai tanggungan isteri dan anak yang berada di Pakistan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Albert Basirin. - UTUSAN ONLINE