Surya Elvi Wijaya

Surya Elvi Wi­jaya Nasution, 22, yang berasal dari Medan didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis beralamat No. 13, 39-03, Jalan Susur Larkin Perdana 1, di sini pada pukul 1.30 petang, 16 Mac lalu.

Mengikut kertas per­tuduhan, wanita tersebut didakwa menyediakan satu klinik pergigian de­ngan menawarkan perkhidmatan rawatan pemasangan pendakap gigi kepada Md. Azuan Abd. Rahim tanpa pendaftaran sah daripada Ketua Pengarah Kesihatan.

Dia didakwa mengikut Subseksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah Subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Kes di hadapan Hakim Muhammad Khalid Ab. Karim itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Kesihatan, Nurul Khariyah Samsudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Surya Elvi gagal membayar denda tersebut menyebabkan dia terpaksa menjalani hukuman penjara bermula hari ini di Penjara Kluang.