Hakim Syarie, Noranizan Mohd. Sufian selepas merekodkan lafaz tersebut memerintahkan agar pelantun lagu Asmara Ini beridah selama tiga kali suci, dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Sementara itu, peguam syarie Halimatunsa’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja atau nama Sharifah Hadijah Wan Moss ketika ditemui selepas tamat prosiding memberitahu pihaknya telah memfailkan tuntutan nafkah tertunggak dan kes itu telah ditetapkan untuk sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 1 November ini.

Azfendy pada 5 Mac lalu telah memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 atas alasan tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah 10 tahun berkahwin.

Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008. - UTUSAN ONLINE