Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Deejay didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol

Deejay didakwa memandu mabuk
SEORANG deejay kelab malam, Ooi Kok Wei, 31 dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan hari ini. - AIZZUL A. MAJID

KUALA LUMPUR 8 Mei - Seorang deejay kelab malam yang merakam dan menyebarkan klip video seorang polis trafik semasa dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan, dua hari lalu.

Ooi Kok Wei, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman.

Lelaki itu didakwa memandu sebuah kereta jenis BMW di bawah pengaruh alkohol sebanyak 84 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah, melebihi had yang ditetapkan iaitu 80 mg/100 ml di Jalan Sungai Besi di sini, kira-kira pukul 3.45 pagi, 6 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 atau penjara sehingga 12 bulan serta lesen memandu percubaan dibatalkan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Kok Wei diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jun ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain