Datuk Seri S. Subramaniam, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Mengikut pertuduhan, Subramaniam didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang secara keseluruhan berjumlah RM2,472,888 milik Fortune China Ltd. yang dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun Multi-Currencies, RHB Bank miliknya untuk mendapatkan kelulusan Standby Letter of Credit (SBLC) yang tidak wujud.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di No. 53 & 55, Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara Selayang, Batu Caves, dekat sini antara 13 April dan 22 Ogos 2017.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan maksimum lima tahun dan sebat serta denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE