Datuk Seri Peter Kong, 62, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu di sini hari ini.

Dia dakwa mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun itu di dalam restoran di sebuah hotel, kira-kira pukul 10 malam.

Kesalahan itu, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun, denda dan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Hasnan Abidin mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Maijol Mahap.

Hasnan memohon mahkamah mengenakan jaminan RM5,000 dengan dua orang penjamin, bagaimanapun, majistret membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac untuk sebutan semula kes. - BERNAMA