C. KAMALESWARAN
C. KAMALESWARAN

Hakim Zaman Mohd. Noor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Datuk Kabi atau nama sebernanya C. Kamaleswaran, 38.


Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 13 Februari depan untuk tertuduh membela diri.


Sementara itu, peguam, Norizan Yaacub memaklumkan bahawa tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.


Mengikut pertuduhan, Kamaleswaran bersama-sama tiga yang masih bebas telah melakukan samun seutas rantai emas dengan menggunakan objek menyerupai sepucuk pistol ke atas E. Selvarajoo, 49, tempat letak kereta berhampiran Restoran Aiswaria, Lorong Maarof, Taman Bangsar, Brickfields di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 1 April 2016.


Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. -UTUSAN ONLINE