N. Vasantharajan, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Irwan Suaibon.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan satu dokumen asli iaitu surat wasiat milik N. Arumugam Pillai yang diketahui palsu di Mahkamah Lebuh Light, Georgetown pada 26 Jun 1990.

Tertuduh yang juga Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kaum India Malaysia Pulau Pinang didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Irwan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim manaka Vasantharajan diwakili peguam Dev Kumaraendran dan Datuk Gobal Krishnan. - UTUSAN ONLINE