Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nor Asma Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi di Mahkamah Majistret Klang di sini.


Kedua-dua suspek berusia 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran ( ATIPSOM) 2007.


Semalam, seramai 171 pekerja wanita dan seorang lelaki yang diperlakukan seperti hamba abdi apabila dipaksa bekerja sehingga 17 jam sehari di sebuah kilang pemprosesan dan pemasaran sarang burung walet di Lorong Gedung Nenas 1 di sini berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa.


Kesemua mangsa dikatakan hanya mendapat upah RM200 sebulan berbanding gaji asal yang ditawarkan sebanyak RM1,000. - UTUSAN ONLINE