Tertuduh, Datuk M. Pandeyan, 57, dan isteri Datin P. Gauvri, 56, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd..

Pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama menerima deposit daripada orang awam berjumlah RM46,200 tanpa lesen yang sah di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758), di sebuah bank di Bandar Baru Klang di sini, antara Julai hingga September 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 372 akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, pasangan tersebut boleh didenda sehingga RM50 juta atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA