Tertuduh, Datin Nabila Sanusi, 45, bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, wa­nita terbabit telah melakukan pecah amanah dengan membuat tuntutan palsu di Syarikat Kamuja Bullion Resources Sdn. Bhd, Diamond Kompleks Bangi Business Park, Jalan Medan Bangi, Bandar Baru Bangi di sini di antara 27 November 2015 hingga 14 Jun 2016.

Pertuduhan terhadapnya di­buat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat dan juga boleh dikenakan denda.

Mahkamah kemudian mem­­­benarkan dia dijamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes.