Peguam Aliff Benjamin Suhaimi memberitahu pemberita, Hakim Datin Azizah Nawawi membuat keputusan itu di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini setelah mendapati permohonan itu mempunyai merit untuk didengar.

Mahkamah turut membenarkan perintah penangguhan supaya kerja-kerja tersebut diberhentikan buat sementara dan menetapkan 15 Jun ini bagi pengurusan kes.

Permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu difailkan oleh syarikat sewaan hartanah dan pelaburan, Dharma Sdn. Bhd., Gulam Rasool Khan T.M Abdul Hameed, Datuk Seri Md. Isahak Md. Yusuf, Rinata Sdn. Bhd. dan Law Shu Kee pada 3 April lalu.

Selain Menteri Kerja Raya, kelima-lima pemohon itu yang diwakili Aliff Benjamin menamakan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kerajaan dan Lebuhraya DUKE Fasa 3 Sdn. Bhd. masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.

Pihak pemohon mendakwa, mereka telah terjejas dengan keputusan pihak responden meluluskan Penjajaran Desa Pandan untuk SPE.