Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Daesh: Guru silat dipenjara 5 tahun

Papar bahan kumpulan pengganas dalam Facebook

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun dan sebatan enam kali atas kesalahan memiliki sebutir bom tangan serta dua butir peluru, hari ini dihukum penjara lima tahun lagi oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh dalam akaun Facebook miliknya, Mac lalu.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Sabri Mat Zain, 46, mengaku bersalah memaparkan bahan tersebut alam akaun Facebok atas nama Percula Naga di rumahnya di alamat Lot 2975, Kampung Batu 7, Teluk Kandis Salor, Kota Bharu, Kelantan antara pukul 7.55 pagi dan 1.20 petang, 21 Mac lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Mohd. Sofian menasihati tertuduh yang merupakan seorang guru silat supaya berubah kerana kesalahan yang dilakukannya adalah serius.

Mahkamah memerintahkan hukuman tersebut berkuat kuasa hari ini.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd. Noor mengikut Seksyen 130JB (1)(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 130JB(1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak mana-mana barangan itu.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh selain mengambil kira kepentingan awam manakala Mohammad Sabri yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan sudah insaf.

“Saya insaf dan sedar dengan kesalahan ini. Isteri dan lima anak bergantung hidup pada saya,” katanya dengan nada perlahan.

Pada 11 April lalu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan sebatan enam kali ke atas tertuduh selepas dia mengaku salah memiliki sebutir bom tangan asap serta dua butir peluru di rumahnya di Teluk Kandis Salor, Kota Bharu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain