Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz yang menjatuhkan hukuman itu turut memerintahkan tertuduh, Mohd. Syawaldi Mamad, 26, menjalani hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan pertuduhan kedua kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat
27.84 gram.

 Hukuman itu diputuskan setelah mendapati pihak pembelaan yang diwakili peguam bela, Wan Zainuddin Wan Musa gagal menyangkal kes prima facie yang dikemukakan pihak pendakwaan.

 Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud.

 Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Syawaldi didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 34.09 gram di sebuah rumah di Kampung Pak Pa, Pasir Panjang di sini pukul 6.30 petang, 3 Jun 2015.

 Di bawah pertuduhan itu, Mohd. Syawaldi didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 27.84 gram pada masa dan tempat yang sama.

 Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan maksimum sembilan sebatan jika sabit kesalahan bagi pertuduhan kedua.-UTUSAN ONLINE