Hakim Datuk Hashim Hamzah yang menjatuhkan hukuman itu turut memerintahkan Muhamad Samri Hashim, 40, dan Salina Dtiauddin, 32, menjalani hukuman penjara 10 tahun berserta 10 sebatan untuk tertuduh lelaki atas kesalahan pertuduhan kedua kerana memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 39.41 gram.


Mahkamah menetapkan hukuman itu setelah mendapati mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Mohd. Yatim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Burhanudeen Abdul Wahid dan M. Chandran.


Mengikut pertuduh pertama, Muhamad Samri yang kudung kaki kanan dan Salina didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 23.32 gram dan monoacetylmorphine seberat 3.55 gram pada kira-kira pukul 1 pagi, 12 Mac 2015 di Jalan Bukit Awi, Kulim.


Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 39 B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang masing-masing merupakan penjual kereta terpakai dan pembantu di rumah kebajikan didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat seberat 39.41 gram pada masa dan tempat yang sama.


Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan sebatan tidak kurang daripada 10 kali, jika sabit kesalahan.-UTUSAN ONLINE