Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman itu ke atas Ramli Aznin, 22, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Brands Outlet Fahrenheit, di Jalan Bukit Bintang, pada 9.30 malam, 2 Feb lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 2 Februari lalu dan mengarahkannya dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Terdahulu tertuduh, merayu hukuman ringan atas alasan dia anak tunggal dan mempunyai ibu bapa yang tidak sihat.

“Saya anak tunggal.. Ayah saya tak boleh jalan sebab lumpuh manakala emak pula sakit tulang belakang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. - BERNAMA