Suhaibah Syaer, 52, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri lima helai seluar dalam wanita pelbagai jenama milik Pasaraya Aeon Damansara di sini kira-kira pukul 2.15 petang, 7 November lalu.


Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda.


Terdahulu, Suhaibah yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana perlu menanggung keluarga sementara Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris memohon hukuman berbentuk pengajaran.


Majistret Mohd. Ikhwan Mohd. Nasir memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan lagi sekiranya gagal membayar denda. - UTUSAN ONLINE