Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Wong Kok Foo, 36, mengaku mencuri dua bra, sepasang pakaian dalam dan sebiji bantal kesemuanya bernilai RM109.60.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pasaraya Aeon, di IOI Puchong di sini kira-kira pukul 10 malam, 25 April lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee sementara peguam Mohd. Yusri Mohd. Yusoff mewakili tertuduh. - UTUSAN ONLINE