Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Curi gelang, bekas orang gaji Aliff Syukri didakwa

SUNDARI
SUNDARI

KUALA LUMPUR 5 Julai – Bekas pembantu rumah pengasas rangkaian produk kosmetik D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan mencuri tiga utas gelang emas berjumlah kira-kira RM1,500 bulan lalu.

Sundari, 40, didakwa sebagai orang gaji telah mencuri tiga utas ge­lang emas bernilai RM1,509.14 milik majikannya iaitu Datin Nur Shahida Mohd. Rashid, 32, di sebuah rumah, di Jalan Melati, Kampung Damai Kuang dekat sini pada pukul 4 petang, 18 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Ain Shafie mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Nurul ‘Ain tidak mencadangkan sebarang ikat jamin berikutan Sundari merupakan warga asing.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi pengesahan status imigresen dan lantikan peguam.

Pada 20 Jun lalu, media melaporkan Aliff­ Syukri yang terkenal dengan slogan ‘Terlajak Laris’ itu mengamuk selepas mendapat tahu beberapa pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barangan berharga miliknya yang dipercayai bernilai RM100,000.

Ia berikutan penemuan satu resit kiriman wang ke Indonesia yang dipercayai dilakukan pembantu rumah wanitanya yang bernilai RM7,500.

Beliau kemudian memuat naik beberapa video di laman sosial menunjukkan tindakannya menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman beliau mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain